11 Ogos Cuti Peristiwa di Kelantan
![]() |
| Datuk Ahmad Yakob -Menteri Besar Kelantan |
KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu entri ringkas melalui laman Facebook beliau pagi ini telah memaklumkan cuti peristiwa pada 11 Ogos sempena Hari Raya.
Petikan dari Facebook beliau mengatakan kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 11 Ogos 2013 ini sebagai hari cuti peristiwa sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
“Sebagai memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan menyambut Hari Raya Idulfitri 1434H pada tahun ini, kerajaan negeri Kelantan telah memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad 11 Ogos 2013 sebagai hari cuti peristiwa.
“Harapan kerajaan ialah dengan pengisytiharan ini, kakitangan kerajaan Kelantan dapat menyambut hari raya dengan lebih selesa bersama sanak saudara masing-masing, Insya-Allah,” tulis beliau dalam Facebooknya.
Umat Islam dijangka menyambut hari raya Aidil Fitri pada Khamis 8 Ogos ini.


Comments
Post a Comment